Wednesday, May 14, 2008


LAPORAN TRIP SEDILI 10-11 MEI 2008Bertolak jam 3.30 pagi dari jeti batu, Sedili Besar.Pemancing: Asridesa, Kroo, Coolfish, TimCa, Pittaro, Wan_Kota, WanJohoe, AjakTaikong: Pak Mat Tom dibantu dua awak2.Trip menarik dengan tekong yang amat peramah. Suka mengusik membuatkan kami semua tak kering gusi. Banyak tip yang diberi membuatkan kekadang terpegun mendengar ceritanya. “Kita pancing kat sini, kalau ada mesti bapak-bapak punye”; begitulah kata tekong sewaktu sampai spot pertama. Tergelak lagi kitorang mendengar kata-katanya, seolah2 tidak percaya. Laut bergelora menemani kami. Dua tarikan big fish mengalami kegagalan sehingga joran saudara TimCA(teamSEPAK) yang dihulur selar hidup secara menghanyut ditarik dengan begitu rakus. Akhirya sang tenggiri seberat 15kg berjaya dinaikkan. "Lagi 3+kg tu nak pecah rekod pancingan tenggiri Malaysia", "Kalau GP ni RM15,000 dalam tangan" - antara ayat pembakar yang dilaungkan. ”kan aku dah kata” perkataan ini bermain dalam fikiran penulis sebelum tekong menyebutnya. Semua terbangun. Yang kumpau tadi terus bergegas ikat mata kail.


Umpan amat berkurangan. Hanya sekitar 10 ekor selar dinaikkan secara apolo dan beberapa jenis ikan lain yang tidak sesuai dijadikan umpan. Ada yang mati, dan ada yang dimakan oleh ikan sasaran. “Pandai betul tenggiri Sedili”, Asridesa(JFT) mengeluh selepas umpannya dimakan tanpa mengenai mata kail.Tengahari waktu yang menjadikan pemancing aktif kembali. Ombak masih menerjahi kami. Joran saudara coolfish(JFT) pula melengkung ditarik sesuatu. Dalam perlawanan 15 minit, naik lagi...tak caya?! betul naik lagi apa yang telah dikatakan sebelum ini, “kalau ada mesti bapak-bapak punye”. Tenggiri 16kg berjaya digancu. Makin terbakar dibuatnya hinggi muncul awan hitam atas bot.


Lepas tu, aksi aruan tasik berpusing satu bot pulak. Sang aruan tasik itu hanya ‘bermanja2’ dengan umpan yang dihulur Asridesa(JFT). Bila terlepas, umpan tiada langsung kesan gigitan. “Pandai betul aruan tasik Sedili ni”, keluh beliau. Sabar ri…Selang 40 minit kemudian, tenggiri sekali lagi berjaya lagi dinaikkan oleh saudara coolfish(JFT). Kali ini sekitar 9kg. Waktu petang, virus kumpau menyerang kembali. Tetapi masih ada yang meneruskan perjuangan memburu sang batang walaupun umpan hidup kehabisan. Laut kucah berlarutan hingga malam dan diikuti dengan ribut serta ombak besar yang hadir kira-kira jam 4:30pagi membuatkan tekong dan kami bersepakat bergerak pulang.


Hasilnya, semua ahlul berpuas hati. Ikan dibahagi sama rata. Coolfish dpt 2 ekor tenggiri tetap tenang melihat ikannya dibelah dibahagikan sama rata kepada 8 bahagian. "Selamat tinggal..Oh...ikanku", naluri hatinya berkata. heheh....Oh ya, terluper… kali ni pittaro memang tak buat hal langsung. Believe it or not....








Friday, May 9, 2008


Trip Layaran bersama Tan Kedai Pancing Kluang

Friday, May 2, 2008

2 Mei 2007
Trip dengan Jengking Fishing Tribe and UAT
Trip Yang Dikira berjaya kerana pelbagai spesies telah dinaikan.















30 Mac 2007
Trip Bersama Team Dewa Pancing.


6 April 2007

Trip Bersama Geng Dewa Pancing

2007 Last trip dipenghujung musim bersama gabungan Tean JFT and UAT Penang.

Set yang dibawa.

Set Drifting : Rod Abu Conolon PE 1-3, Reel Shimano Nasci 6000

Set Medium Heavy : Rod Loomis PE 1.5 - 4 , Reel Ryobi Safari 5000 Japan.

Light Set : Rod Shakespere Contender PE 1-3, Reel Abu Garcia Six Star Sweden.

Hook: Owner ( 2/0, 3/0, 4/0, 5/0)

Shock Leader : Okamoto 20lbs, 40lbs, 60lbs

















































MFN Billfish 2007 Gambar kenangan Bersama Pemancing Ternama Di Malaysia.


Tongkol, Trip bersama budak-budak MFN.




























Trip Layaran Pada 24 Julai 2006

Layaran (Sail Fish) 38KG
Drifting Belon,
Reel Ryobi Applausse 8000
Rod Loomis PE 1.5 - 4
5/0 Owner Mutu Light Circle Hook.





Gambar Mancing Dulu-dulu dengan Team Dewa Pancing.
Trip Mencari Ketarap.

2004 Trip Mersing.
















Tenggiri Terbesar Tahun 2007 14.8KG
Tempat Karang Long.
Rod Lommis PE 1.5 - 4 , Reel Ryobi Applause 8000,
Teknik Drifting Kembung Hidup.
Tempat: Karang Ngah, Bot Pak Deris
Masa:

Rod Pionner Tuna Striker

Reel : Ryobi Applause 8000

Ikan Aruan Tasik ( Cobia )

Teknik : Bottom Mid Water

Mata Kail Owner 4/0


Jemuduk, Teknik hampir sama dengan diatas.





Beberapa Gambar memancing yang menjadi Kenangan.


Ikan Tenggiri , Tempat : Sedeli, Umjan Paknoh. Bot Pak Noh


Masa: Teknik: Drifting


Rod: Pionner PE 2-4,


Reel: Ryobi Applause 8000


Mainline: Spider Wire 30lbs, Leader 20lbs Berkley Vanish, Cable 15lbs, 2 X 2/0 Owner hook.




Ikan Belitung ( Dorado)

Set sama seperti diatas.

Teknik Drifting.

Gambar Memancing



Tahun 2005 punya trip bersama dengan Team JFT